Posted in Islami

Duhai Putriku


DUHAI PUTRIKU…
Kehidupan manusia adalah
Bergantung yakin yang ada dalam hati

Ada mausia yang yakin
Harta akan beri bahagia..
Maka jangan kau hairan jika
Ada orang ,,
Sejak celik mata sampai tutup matanya kembali
Bahkan termimpi mimpi
Bagaimana mahu mendapat harta..

Ada pula manusia
yakin dengan kekuasaan akan beri kebahagiaan
Maka jangan kau hairan jika
Ada orang ,,
Sejak celik mata sampai tutup matanya kembali
Bahkan termimpi mimpi
Bagaimana mahu dapat jawatan

PUTRIKU…
Pernahkah ada ayat Al-Quran
Yang berbunyi:- 
“wahai manusia..!!
Jika kamu ingin bahagia di akhirat maka..
Carilah iman dan amal mu..
Tetapi…
Untuk bahagia di dunia maka..
Carilah harta dan kuasa..

Bayangkan olehmu…
Di mana seorang ibu yang sedang menyusui anak
Berlumba-lumba keluar negeri
Untuk cari duit sebanyak-banyaknya..

Fikirkanlah…
Akan ada seorang ayah
Yang tinggalkan keluarga bertahun-tahun
Supaya ia boleh jadi raja..

Kerana..
Mereka tak akan capai bahagia jika
Mereka belum dapat harta dan kekuasaan

Tetapi tidak.. tidak!!!
Wahai putriku..
AL-Quran jelas mengatakan…
Bahagia di dunia dan akhirat selamanya
Hanya tertakluk iman dan amal soleh sahaja.

“barangsiapa yang mengerjakan amal soleh ,
Baik lelaki mahupun wanita,sedangkan dia beriman
Maka sesungguhnya kami akan berikan kepadanya
Kehidupan yang baik,.. dan sesungguhnya
Kami akan beri balasan pahala yang lebih baik
Dari apa yang telah mereka kerjakan “

(surah An-Nahl_ 97)

Itulah sebabnya seluruh Anbiya A.s
Hanya usaha dan menyeru manusia kepada
IMAN DAN AMAL
Sehinggalah kehidupan manusia berubah
Melalui amal mereka

Ketahuilah HAI PUTRIKU…
Medan usaha kamu,
Adalah bermatlamatkan 2 perkara ini..
Tidaklah kamu sama dengan perjuangan lelaki…

Bagi lelaki sejati…
Syurga mereka dibawah kilatan cahaya pedang,
Lelaki harus tinggalkan rumah mereka,
Juga isteri , anak dan keluarga..
Membawa bendera Rasulullah S.A.W
Berhadapan dengan musuh Allah S.W.T
Bagi menyampaikan dan tegakkan
Kalimah IMAN..
Pergi seluruh pelusuk alam..
Cari darjat kemuliaan di sisi Allah S.W.T

Sedangkan bagi engkau
Syurga kamu adalah dalam rumahmu
Menghuni antara 4 dinding rumah yang menghijabmu
Dari pandangan lelaki Ajnabi

Saat itu kau hidupkan amal ruhani..
Bermuraqobah dengan Allah S.W.T

Manakala alat menyampai amalmu
Adalah keredhoan suami mu yang bertepatan
Dengan keredhoan tuhan mu
DUHAI PUTRIKU…
Perintah supaya kamu berdiam di rumah
Bukanlah ke inginan ayahmu..
bukan juga ayahmu ini hendak mengekang mu
tetapi..
ini perintah dan hukum dari Allah S.W.T
secara jelas dalam kitab nya :

“dan hendaklah kamu tetap di rumah mu
Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti
orang-orang jahiliyah yang terdahulu dan dirikanlah solah,
tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasulnya “

(Al-Ahzab_33)

Untuk apa kamu di rumahkan ??
Lihat kehendak Allah S.W.T :-

“ sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan
Dosa dari kamu, hai Ahlul Baith dan membersihkan kamu
Sebersih bersihnya..”

(Al-Ahzab_33)

Ketika kau keluar dari rumah
Dengan dandanan dan solekan seperti orang jahiliyah
Hatimu akan jadi kotor…
Bahkan lelaki yang memandangmu pun akan jadi kotor
Tetapi Allah s.w.t menginginkan kau senantiasa suci
Sepertimana Hurul A’in (bidadari syurga)

PUTRIKU…
Apabila ubat doktor tidak di makan secara betul
Maka penyakit akan bertambah kronik
Ketika aturan langit di langgari
Maka kehidupan bumi akan binasa…
Andai ada cara lain..
bagi mendapatkan kemuliaan wanita di luar rumah mereka..
pastinya Aisyah R.anha
akan lakukan terlebih dahulu..
bukankah beliaw R.anha sendiri
menyesali apa yang teerjadi pada perang jamal?
Sehingga atas peristiwa itu
keluarnya ia dari rumah Rasulullah.

DUHAI PUTRIKU…
Jangan kau tertipu dengan wanita ahli dunia…
Mereka hanya berbalut pakaian agama
Para aktivis Usrah wanita..
penceramah penceramah wanita,
Para qori’ah..
Mereka lantangkan suara di atas pentasss!!!
Depan camera…dalam television…
Pastinya ramai lelaki yang menatap

Mereka bukan bangunkan agama…
Tetapi mereka gunakan agama untuk cari dunia
Tahukah kau!!??
Dosa menampakkan wajah,? gigi,bibir dan suara..?
Tak boleh dibayar dengan SYI’AR yang mereka lakukan

Mereka melantunkan suara bacaan Al-Quran
Depan juri dan para hakim
Tajwid mereka betul,sebutan mereka fasih,
suara mereka merdu.. hanya untuk dapat hadiah…
dapat masyhur dan nama…
apakah ini semua ada pahala???

Adapun ada yang konon mahu meningkat ilmu
di kalangan muslimah.. tetapi bermuzakarah dengan lelaki..
pastinya seronok.. sambil-sambilan gelak ketawa..
pandang memandang.. bergaul lelaki wanita dalam halqah
konon atas dasar belajar ilmu..
bagaimana ilmu mereka boleh bermanfaat?
Sedangkan mereka belajar dalam dosa..

Bukan begitu DUHAI PUTRIKU…
Agama bukan dari akal…
tetapi dari iktibak kehidupan Rasulullah s.a.w
adakah akal kamu itu lebih baik dari pada wahyu?
Sehingga kamu boleh buat satu program
agama yang lebih baik dari amal kehidupan Rasulullah?

Hindarilah dirimu dari forum muzakarah wanita
Yang cenderung kepada dunia
Mereka bukan belajar agama,. Tetapi hanya untuk
Menunjuk-nunjuk bakat mereka..
Suara mereka terdengar di corong-corong microphone masjid
Berzikir selawat seperti mencintai nabi..

Tetapi sebenarnya mereka menentang nabi s.a.w
Bukankah nabi mengatakankan suara wanita adalah Aurat?
Berhimpunnya wanita-wanita akan mewujudkan
Keadaan seolah-olah model-model mempromosikan
Barang kemas masing-masing..

Bertahun tahun mereka Tadriss
Tetapi selepas majlis,.. jilbab pun mereka tanggalkan
Terkadang…
Mereka rasa sedih dengarkan cerita nabi s.a.w
Yang mana di lempari batu di Thoif..
Tetapi… adakah mereka sedih tatkala anak-anak mereka
Meleparkan kehidupan Rasulullah..
Keluar dari rumah-rumah mereka???

Anak anak mereka di pakaikan dengan jersi-jersi pemain bola
Seluar pendek.. makan tangan kiri.. kencing berdiri
Suami mereka mencukur janggut..
Mereka tak ada kerisauan atas semua ini…

Di Pakistan..
Seorang doctor selalu mencukur janggutnya..
isterinya yang solehah tidak senang dengan perbuatan itu
suatu hari ia panggil seorang pekerja saloon ke rumahnya..
ketika itu suaminya ada bersama..
ia minta tukang saloon itu mencukur botak rambutnya..
kemuadian si doctor itu amat marah..
Bodoh!!.. perbuatanmu ini di luar fitrah wanita..

Isterinya menjawab:
“suamiku.. kau yang bodoh.. setiap hari kau mencukur janggut
Yang telah jadi fitrah lelaki..
Bahkan kau juga telah mencukur hati Nabi S.a.w”

PUTRIKU…
Jika satu daripada tayar kereta pancit
Maka kereta tak akan boleh jalan
Begitu juga Jika satu saja sunnah ditinggalkan
Agama tak kan boleh berjalan dalam hidupmu

Jadilah kamu DA’E yah…tetapi dakwah kamu
Haruslah dengan usul dan tertib yang benar

PUTRIKU…
Perintantah dakwah bukan hanya untuk lelaki
Tetapi juga kepada wanita…

“katakanlah kekasihku MUHAMMAD inilah jalanku
Yakni mendakwah manusia kepada Allah..
Atas hujjah yang nyata,..aku dan orang-orang yang
Mengikutiku “

(surah yusuf_108)

Banyak orang menganggap rukun islam yang paling
Mudah adalah mengucapkan syahadah..
Padahal..
Nabi s.a.w telah bina syahadah dengan pengorbanan
Yang banyak..
Mereka islam.. tapi tak ada ayat yang menggelar mereka
“hai orang-orang yang beriman“
Bahkan untuk memindahkan kalimah dari mulut
Turun kehati memakan masa 13 tahun..
Bergelumang dengan darah dan air mata

DUHAI PUTRIKU…
Setiap orang yang masuk rumah kamu,maka berilah
Dakwah pada mereka,.
Dari itu kamu akan terselamat dari hutang penjual
Yang akan menawarkan barang-barang secara hutang
Kerana.. kau terlebih dahulu menawarkan dakwah
Kepada mereka..

Lihatlah UMMUL MU’MININ AISYAH R.ANHA
Dari rumahnya telah keluar ulama-ulama besar
Dan juga para tabe’in.. beliau telah perintahkan
Pada saudara perempuannya untuk menyusui
Banyak Bayi-bayi..
Oleh itu banyak anak susuannya telah jadi muhrimnya
Maka beliau telah mengajar agama pada mereka
Sehingga agama terpelihara,
Lebih 2002 hadis telah diriwayatkan oleh anak susuannya
PUTRIKU…
Lihatlah wanita,..walaupun dalam ibadat, jika tak
Menjaga hijab,..maka akan timbul rasa saling
Menarik hati..
Jihad wanita adalah haji mabrur
Maka azamkanlah dirimu dan selalulah berdoa
Agar Allah s.w.t memudahkanmu berada di depan
BAITULLAH.. bersimpuh,..mengakui segala kotoran diri
Dan mengakui ke maha sucian Allah s.w.t

Tetapi kamu lihatlah!!
Berapa ramai wanita yang berhaji tanpa usul..
Perjalanan haji tidak berhijab,. Bergaul di maktab
Mereka saling berpandang-pandangan sehingga
Ada yang sempat jatuh cinta..

PUTRIKU…
Istiqomahlah kamu dengan hijab yang sempurna,.
Walaupun semua orang mencemuh dirimu,.
Peganglah tangan ayahmu ini..
cuba kita lihat kehidupan monyet di rimba sana,.
Tatkala mereka bergayutan dari pohon ke pohon..
Ranting keranting,.. maka anak mereka harus berpaut
sekuat-kuatnya pada ibu mereka agar tak jatuh
jika mereka jatuh..
ibu monyet itu tak akan mengakui anaknya
dan monyet yang lain akan menyerangnya
bahkan seluruh kroni monyet dalam habitat itu
akan mencakarnya dan mengusirnya

begitu juga pandangan masyarakat hari ini..
jika kau lepaskan adat resam mereka..
dan kau bawa kehidupan yang bertentangan
dengan amalan mereka,..
kau juga akan di serang dari berbagai arah
dicaci..di pinggirkan…
padahal adapt yang mereka pegang adalah bathil
tak sedikitpun membawa kau ke syurga
ketika wajahmu di baluti hijjab…
mereka kata kau “Ninja” bahkan Mereka menghinamu,..
mereka akan katakan kau “gerumpung..”
tak punya hidung… tatkala kau tunndukkan matamu
mereka akan kata kau sombong..
saat kau tetap berdiam dalam rumah, kau akan
di katakan ‘pemencil”tak mahu bergaul

kadang kala mereka sengaja katakan
“jangan mengekang anak..
jangan rampas masa muda anak gadis mu..
biarkan mereka bebas memilih..”

mereka gelap,. Jangan kau ikuti mereka…
orang yang di butkan hatinya oleh Allah s.w.t..
mana mungkin ia memimpin mu…
mereka tak sedar yang mereka dalam kegelapan,..
hingga mereka telah beristinjak dengan emas,.
Mereka tak kenal mutiara hidup yang akan
Meninggikan martabat mereka….

DUHAI PUTRIKU…
Sekarang mari kita berjalan…
Kita lihat kehidupan orang-orang yang telah jadi
Hamba dunia… biar kamu kenal mereka,..

Lihatlah,..
Wanita itu di persimpangan jalan waktu mentari Pagi
mula menyapa sambil disapu desiran angin Yang ramah,..
tetapi ribuan kepala tanpa hijjab berjalan dengan
kesibukan masing-masing..

nikmat pagi yang di anugerahkan Allah s.w.t..
mereka membuka hari mereka dengan mengundang
murka Allah s.w.t ,..
angin mengangkat rambut mereka yang menutupi leher
terlihat tengkuk yang putih mulus,
di kawal ribuan syaitan untuk menarik perhatian
lelaki-lelaki yang lemah iman
bertentangan mata dalam bas-bas kota
menghidu haruman PERFUME,.. bercampur aroma badan
berdiri sepanjang perjalanan,. Wajahnya di tatapi
dan dinikmati oleh semua lelaki,..
pengkhianatan terhadap suami terjadi setiap hari
sepanjang perjalanan menuju ke pejabat

Lihatlah PUTRIKU…
Pasaraya itu,. Ratusan lelaki dan wanita bekerjasama
Membangun Dunia yang akan mereka tinggalkan
Sapa menyapa,. Membalas-balas senyuman,..
Ada yang sempat DATING dalam kesmpatan waktu rehat

Di ruang-ruang pejabat,,, di kala masing-masih keletihan
Duduk rehat bersama-sama,. Syaita mula ambil peluang
Agar terjerumus Nafsu,..
Mula bincang pasal kerja,. kemudian hal rumahtangga
Kemudian mula terperanggkap dalam jaring-jaring zina
Syaitan tertawa besar-besaran

Di satu ruangan…Boss berduaan dengan secretary
Tahukah kamu siapa yang akan jadi yang ke tiga?

Nabi ingatkan :-

“Tidaklah berduanya seorang lelaki dan seorang wanita
Melainkan yang ketiganya pastilah syaitan”

Kadang-kadang mereka keluar bersama,. Makan bersama, pulang pun bersama,.. rayuan demi rayuan dilepaskan,.
Bagai anak panak dari seorang pemburu,..terus menusuk
Satey Kajang,.. Mc Donald., KFC,..
sebagai umpan menembus hati,..
wanita akan rasa “Care,” rasa di sayangi,..iman pun lemah
sex after lunch jadi pilihan…

ada jua yang keluar rumah saat anak masih tidur
dan pulang ke rumah saat anak sudah tidur kembali…

DUHAI PUTRIKU…
Di pintu masuk pasaraya besar itu.. di kaki lima itu,.
Di hentian teksi itu,,.
Ada ibu-ibu yang menadah tangan meminta-minta
Dia sedang melatih anaknya jadi pengemis
Mereka tidak sedar,. Kemiskinan yang dating kepadanya
Adalah balasan dari amal buruk mereka….

Kadang-kadang ketka ia nak lintas jalan
Tak ada orang yang mahu menuntun tangannya
Semua orang simpati,.. tapi tak mahu nak tolong,..
Kini kasihan..
Tapi tahukah kau masa mudanya dahulu?..
Waktu kulit yang cantik,tenaga kuat,badan pun sehat
Waktunya habis malanggari perintah Allah s.w.t
Menyebabkan murka Allah di hari tua

Lihat nenek mantan pelacur itu…
Masih belum bertaubat sampai sekarang,..
Alangkah genitnya dia.. tapi kini…hidupnya dalam sesalan

PUTRIKU…
Allah s.w.t itu maha berkehendak,..
kalau kamu tak mahu ikut kehendaknya,..
nescaya ia akan paksa engkau,..
lihatlah wanita yang Tak mahu tutup auratnya di saat mudanya, Allah s.w.t Telah botakkan rambutnya di hari tua,..
hingga dia terpaksa juga memakai hijjab untuk menutub aibnya

Lihatlah wanita yang Tak mahu tunduk ruku’ (solat)
Maka Allah telah bongkokkan dia disaat tua,..
Agar dia tahu,.. rambut dan tulang pun taat perintah Allah

Mari!! kita jalan ke medan selera..
Lihat kedai soto itu,.. gadis-gadis itu tanpa segan silu
Membuka mulut dengan lebar depan orang ramai,..
Sambil ketawa besar bincang perkara dunia yang jijik
Mereka tak sedar mereka dalam murka Allah

PUTRIKU…

“Orang yang ketawa dalam maksiat maka dia akan datang
Ke hadapan Allah s.w.t dengan tagisan darah dan nanah”

PUTRIKU…
Lihatlah di taman-taman itu…
pemuda-pemudi.. remaja-remaja muslim Yang keluar dari rumah yang tiada amal…
mereka bermesra seperti sepasang merpati tanpa malu,.
Peluk,.. cium.. menciplak kebebasan Nasrani,..

Orang tua mereka redho dengan keadaan itu,..
Mereka seperti menyediakan ikan kepada kucing
Sudah tentu ikan itu akan habis tanpa baki
Seperti juga roti yang kau hidangkan di meja makan
Kalau kau hidangkan..apakah tak boleh orang memakannya?

Atas nama cinta.. tubuh mereka bagaikan roti
Di makan dan di telan habis,.
Gadis-gadis itu… bagaikan durian,..
di cium habis sebelum di beli..
mereka buta alam akhirat,..
orang tua mereka tak ajarkan iman,..
sehingga kehidupan idol jadi ikutan,,, tak sedar..
dalam tubuhnya membawa kotoran
bau busuk yang akan meledak jika sepuluh hari
nyawanya terpisah dari jasad itu..

tahukah kamu WAHAI PUTRIKU…
jika tubuh manusia di baker habis,. Karbon yang dihasilkan
hanya bisa menghasilkan 10 batang pensil sahaja..
berapakah harga jasad manusia itu?

PUTRIKU…
Ada seorang modeling Catwalk di kota modern Paris
Allah cabut nikmat saraf seluruhnya kecuali akal dan mata
Angota badan yang lain semuanya lumpuh, tak bisa di perintah oleh akalnya..
isyarat mata digunakan untuk komunikasi
maka diperlihatkan huruf-huruf yang ingin di ucapkannya
melalui code kerdipan mata
setelah huruf di susun maka tertulislah..

“ andai aku dapat menelan air liur..
itulah nikmat yang terbesar dalam hidupku”

manusia tidak lebih kuatnya dari burung unta
lihatlah di padang pasir.. manusia tak kuat angkat kakinya
ketika terbenam dalam pasir
tetapi cuba kau lihat burung unta.. dengan betisnya
dia bisa berjalan dengan pantas..

DUHAI PUTRIKU…
Kekuatan manusia dengan amal,..
Jika kau bersolek ,..maka make up yang hakiki adalah
Nur dari keletihan mu bertahadjud di malam hari
Nescaya akan memancarkan cahaya seri di wajahmu
Di siang hari.. sehingga mengundang kekaguman kepada semua makhluk terhadapmu

PUTRIKU…
Penjajahan wanita belum berakhir…
Jika dahulu wanita dijual belikan,..
Kini wanita dipakai di kedai-kedai mempamerkan barang dagangan Orang-orang kafir

Kadang-kadang product yang dipromosikan
Tak ada kena mengena pun dengan wanita apa hubungan wanita dengan bateri kereta??
Tapi ahli dunia telah mejadikan wanita sebagai model
untuk mempromosinya.. kini..
nilai benda menjadi naik,.. tetapi nilai wanita telah turun

PUTRIKU…
Kamu lihat petrol stesyen di sana itu,
Mereka pakai tudung hanya untuk kepentingan bisness

Di INDIA….
Oleh kerana para ibu tidak lagi berfitrah
Maka orang anggap lembu lebih mulia dari ibu

Dengarlah alasan mengapa wanita keluar rumah??
Ketakutan mereka kepada MISKIN dan keyakinan mereka
Pada ASBAB… “harta benda takkan datang tanpa kerja”
Sehingga mereka bersusah payah habiskan umur dalam mencari ASBAB.. tapi tak pernah capai kesempurnaan iman

“ andai ketakutan mereka kepada NERAKA sebanding
Dengan rasa takut mereka kepada MISKIN
Nescaya mereka akan terselamat dai NERAKA”

Mereka tidak sedar yang mereka sedang menghina
Ke Maha hebatan Allah s.w.t… seolah-olah Allah tak mampu
Memberi kekayaan pada mereka Tanpa usaha mereka..

Lihat nanti di syurga.. kau akan dihidangkan dengan
70,000 hamparan… setiap hamparan itu akan ada
70,000 jenis makanan..dan setiap makanan memiliki 70 rasa bayangkan…
Berapa trillion kah harga makanan sekali makan
Di syurga? Saat itu duit dan kerjamu tak perlu lagi

Ingatlah PUTRIKU…
Kerja dunia 8 jam sehari adalah tertib Yahudi dan Nasroni
Dan itu merupakan satu azab untuk orang
yang iman yakinnya salah
cuba kamu lihat ayam yang baru menetas..
dia tahu cari makan sendiri.. demikian juga banyak makhluk
yang lain,.. yang tidak berkemampuan cari makan
tetapi… Allah s.w.t hantar makanan untuknya,.

Cicak yang tak bersayap pun.. tetapi perutnya kenyang
Dengan makan nyamuk yang bersayap dan terbang,.
Bagaimana Allah datangkan rezki itu padanya??…
Tetapi manusia mengeluh dan bicara tentang
kesusahan rezki mereka
lihatlah PUTRIKU…
kaum NOMADEN di padang pasir…mereka bias bertahan
hidup dengan apa yang ada disekeliling mereka..
Allah s.w.t beri mereka air di padang pasir yang tandus
Allah s.w.t beri mereka binatang buruan yang menghampiri mereka sendiri tanpa mereka memburu

Jangan kau ragui kudrat Allah dalam menyempurnakan
Segala keperluan dan kehendak makhluknya
Ketika Rab mu menciptakan makhluknya..
Terlebih dahulu ia menyediakan segala keperluan dan rezki hambanya…

Suatu ketika hadrat Ali R.A masuk ke masjid
Dengan membawa kuda berpelana kemudian menyuruh
seorang yahudi menjaganya…
setelah Ali R.A keluar dari masjid dia ingin mengupah
20 dirham kepada yahudi tersebut..
Tetapi dilihatnya yahudi itu telah tiada dan
pelana kudanya juga telah di curi…

Ali R.A pulang kerumah dan menyuruh khadamnya ke pasar
untuk beli pelana kuda yang baru..
setelah pulang khadamnya membawa pelana kuda miliknya yang hilang itu di belinya dengan harga 20 dirham

ajib..ajib…(ajaib)
Ali R.A kata:
Aku memang berniat memberi yahudi itu 20 dirham
Tetapi ia telah mencurinya dan di jualnya 20 dirhan juga
Andainya di bersabar maka dia akan dapat juga 20 dirham
Itu dengan cara yang halal..

PUTRIKU…
Mereka tak sabar menunggu rezki di kampung mereka
Ingin merubah nasib mencari bahagia,..
Dari negeri yang gersang ke negeri lain yang lebih makmur
Merubah keadaan dari panas kepada dingin
Dari sepi kepada ramai….
Padahal kebahagiaan ada dalam hati mereka sendiri
Bukan di luar

PUTRIKU…
Kenapa wanita kini memenuhi jalan?..Kedai-kedai,
Shoping mall..?..pejabat-pejabat..?
Ini kerana ke solehan tidak ada lagi pada lelaki
Rasa cemburu sudah tiada dari laki-laki
Dibiarkan isteri dan anak gadisnya berbual bicara
Dengan lelaki lain…
Orang yang tak ada rasa cemburu kepada
isterinya adalah Dayus… ada seorang ummat Daud A.S
tak mencium bau syurga kerana Dayus

bahkan…
mereka merelakan isteri mereka mengidolakan
para atlit dan artis.. tak jarang juga yang membanggakan
bos-bos mereka di pejabat…

manakala bila mereka pulang kerumah..
mereka lihat suami mereka dengan banyak kelemahan
selekeh dan kalah handsome dari lelaki-lelaki
di pejabat mereka..
rasa syukur mula hilang dari sang isteri

sehingga di negeri kafir,.negeri penyembah matahari
40% wanita mereka jika melakukan kelamin
Mereka akan membayangkan artis-artis
Yang mereka tonton depan television

Kuku dajjal mengintai wanita..
Kerana sebahagian besar bala tentera dajjal adalah
Wanita-wanita yang tak berhijab

PUTRIKU…
Lihatlah tatkala dunia mulai malam
Saat para solihen berkasih dengan kholiq, kau saksikan wanita
Dengan busana fesyen sendat mereka..Bauan perfume seperti burung merak mengibas ekornya menarik lawan jenisnya
Teriakkan yang hambar,.. sedang hati mereka menjerit
Ingin keluar dari rutin dosa setiap malam…
Tak daya ..waktu makin berjalan… hari tua tiba…

Saat lidah tak mampu lagi menghafal doa
Saat tenaga sudah lemah,..tak mampu lagi mengangkat Selimut saat azan subuh berkumandang..
Saat kesepian hati menjadi-jadi,tak ada zikir yang bisa meresap

Saat itu.. walaupun pintu taubat masih terbuka,..
Tetapi jalan terlihat buntu.. inginkan masa mudamu kembali
Kabut dosa sudah tebal menyelimuti gunung
Hingga menutup keindahannya

PUTRIKU…
Ular tedung hanya akan menggigit dengan bisanya
Tetapi kalau cepat bisa di rawat lagi…
Tetapi ular PYTON
Dia akan melilit mangsanya dan menelan hidup-hidup..
Tak ada yang boleh diselamatkan lagi
Meremukkan tulang,, menenggelamkan suara tangis
Menghilangkan penglihatan..apalagi hati

PYTON itulah umpamanya angan-angan duniamu..
Dia akan melilit hidup seseorang..dan akhirnya
Akan tenggelam dalam angan-angan itu…
Khayalan ingin memiliki ini dan itu,.hidup begini dan begitu
Mata tak mahu lagi menangis.. tak ada sesal akan dosa..

Kerana ribuan angan-angan masih bergayut..
Padahal… kematian dekat!! Akhirnya hidup hanya tinggal angan-angan tak bisa tembus alam akhirat
Menghiasi akal dengan khayalan dunia dan kemewahan
Sehingga kenikmatan satu malam dikamar-kamar hotel
Akan dibalasi dengan kepanasan api pada kemaluanya
Di akhirat selama 40 ribu tahun

PUTRIKU…
Andainya ada bahagian wanita di luara dinding rumah
pastinya Ummahatul mukminin telah diperintahkan rasulullah
Kerana merekalah yang paling dicintai Rasulullah
Baginda ialah orang yang menginginkan kebahagiaan
Untuk seluruh manusia…
Bahkan tatkala hamper-hampir wafat baginda menyebut
“an-nisa,..nisa..nisa” (“ wanita..Wanita.. wanita”)

PUTRIKU…
Kau adalah bibit dari kebathilan atau kebaikan..
Jika darahmu mengalir Nur dari kalamullah dan hadis dari rasulullah s.a.w… maka darah itu akan membentuk tubuh
Yang solihen…

PUTRIKU…jadilah Zahiddah..
Orang yang tak berhajat pada dunia dam tak terkesan
Apa-apa pun dengan kemewahan yang ada pada orang lain
Hiduplah dalam kesederhanaan.. ia akan membawa hatimu
Hanya berhajat pada Allah,..yang akan mendatangkan nusratullah pada dirimu..

Jangan boros dalam makan..
Jadikanlah lapar sebagai lauk mu sebagaimana isa a.s
Kau jadilah murabbiyah bagi anak-anak mu..
Nescaya mereka akan terus menerus kirimkan pahala kepadamu tanpa batas

Bayangkan seorang guru yang sering tinggalkan kelas..
Maka suasana pelajar akan jadi kacau bilau
Mereka akan lempar buku,. Lempar pen.. Lempar kerusi..
Satu sama lain,. Saat dewasa mereka akan lempar Bom

PUTRIKU…
Jadilah alimah dengan sifat imaniat
Jika iman kamu sudah terbentuk barulah amal kamu akan betul
Kemudian amal kamulah yang akan bentuk suasana sekitarmu

Ummu immarah.. (seorang sahabiah)
Telah menghafal ratusan ribu hadis di kepalanya…
Allah banyak gunakan wanita untuk jaga agamanya..
Walaupun lelaki telah bersusah-payah angkat pedang
Tetapi ketentuan Allah tak bisa dihindari bahawa..
Syuhada pertama dari ummat ini adalah wanita..
Yakni sumaiyah r.anha

Rabi’atul Addawiayah ketika bertahadjud sepanjang malam
Maka di saat fajar dia berdo’a
“ ya Allah !! oleh kerana engkau telah memberi taufiq kepada
Saya bertahadjud sepanjang malam,. Maka saya akan
Berpuasa sepanjang hari…”

Dan saat berbuka puasa dia berdo’a :

“ ya Allah !! oleh kerana engkau telah memberi taufiq kepada
Saya berpuasa sepanjang hari..maka saya akan bertahajud
sepanjang malam…”

hiasilah dirimu dengan Al-Quran samapai kau jadi hafizah
hingga kau akan diberi kemuliaan untuk membawa 10 orang
keluargamu memasuki syurga..

PUTRIKU…
Alam ini mikrokosmos,dan tubuhmu adalah mikrokosmos
Apa saja yang unsur alam ada tersedia dalam tubuhmu
Tiada yang ikhtilaf antara keduanya…
Sehingga jika kau dapat kuasai nafsu dirimu,..
Maka kau akan dapat kuasai alam semesta

Peperti yang berlaku kepada sahabat Nabi s.a.w
Gunung pun menuruti perintah mereka.. air,api,udara
Bahkan mereka bisa berjalan atas laut dengan kaki mereka

Ketika kau berusaha keras ta’lukkan dunia
Sebagaimana wanita yang digelar wanita besi.. maka ..
Saat itu kau akan dikuasai nafsumu sehingga ruhmu sakit
Hanya ikut telunjuk jasad
Walaupu jasadmu kau adalah jelitawan.. seperti ratu dunia
Hakikatnya bukan dirimu.. kau sebenarnya memelihara
Makanan untuk ulat dan cacing dala kubur..

Ada dua perkara yang manusia tak suka mendengarnya
Tentang kematianya.. dan,.. tentang kesalahannya

Lihatlah kubur sana!!
Ribuan malah jutaan wanita cantik telah menghuninya
Di dalamnya ada cleopatra..(ratu sejagat) Yang pernah menghebohkan kaum lelaki..

Di dalam kubur itu..
Ada wanita pemenang kontes dunia dan artis gila pujian
Kini.. suara mereka bungkam,. Tak bisa bicara ,
Apalagi mahu protes tehadap ular dan kalajengking
Yang melumati kulit mereka.. mata mereka keluarkan cairan
Yang dihisap oluh rayap-rayap kubur

Kaki mereka panjang,betis yang licin gebu
Kini sedang terlipat menuju keperut dan patah mematah

Mata mereka yang dihias eye shadow.. buli mata yang lentik
Memantul sinar ketika flash camera menggambari mereka
Untuk dipampang dalam surat kabar,..
Kini mata itu menjadi santapan ular sujaa’ul Aqra

DUHAI PUTRIKU…
Pertubuhan-pertubuhan wanita berdiri untuk apa?
Untuk menuntut hak-hak wanita.. mereka turun kejalan-jalan
Kerana hak mereka dilanggari.. persamaan hak.. kedudukan isteri menjadi issue.. yang mereka teriakkan dijalan

Ketahuilah wahai putriku..
Oleh kerana merka menuntut hak dari makhluk
Maka mereka semakin fakir.. sehingga hak mereka tak akan
Tertunai sampai bila-bila pun

Mengapa ini terjadi?..
itu di sebabkan suami-suami mereka tak tunaikan hak mereka..
bahkan..kerana sikap mereka yang over,.. justru,
orang-orang yang berhati kotor memanfaatkan mereka,.

Sehingga suami kehilangan hak dari mereka,..
Ayah mereka tak akan lagi bisa mengatur mereka..
Seperti yang terjadi di negeri barat..
Jika seorang ayah mengganggu anaknya yang sedang
berzina Dengan pacarnya,. Justru ayahna akan di dakwa di mahkamah pengadilan.,.

ibu yang berkunjung kerumah anaknya harus minta izin (apoinent) dahulu dengan telefon.. jika tak di izinkan datang
maka tak boleh datang untuk ziarah

atas nama cinta
mengagungkan cinta dengan berlebihan sehingga mereka katakan
“ hati ini hany untukmu tetapi tubuh ini dipakai siapa sahaja”

PUTRIKU…
Pengkhianat bangsa telah keluarkan wanita dari rumah

Bukankah orang bijak telah katakan:
“wanita adalah tiang Negara,. Jika baik wanita
Maka baiklah sesuatu bangsa… jika buruk wanita..
Maka buruklah bangsa itu”

DUHAI PUTRIKU…
Apa yang belum dijual oleh bangsa ini?
Bijih besi,.. timah..kayu.. hasil laut
Bahkan kita telah eksport anak gadis kita jadi tukang cebok
Orang-orang kafir,..

Di satu negeri kaya…
Di pagi yang dingin.. muslimah orang-orang gajian..
Sudah bebasah-basahan mencuci kereta majikan mereka

Bos mereka .. orang kafir..
sedang asyik mendengar muzik dan secawan kopi,..
sesekali mereka panggil saudaramu dengan panggilan binatang,. Hei anjing!!.. babi!! Beruk!!…
alangkah sedihnya.. tengan mereka pecah-pecah
ada yang didera.. punggung mereka di pukul,..distrika
tetapi mereka sabar,.. kerana khayalan yang belum wujud

PUTRIKU…
Negeri kamu,.. dulu amat membanggakan,. Mereka katakan
Kekayaan yang kemakmuran,kesenangan, kesuburan
Kini.. jika kau sebut bangsamu kepada dunia,.mereka akan katakan..
“ oo.. ada orang bangsa kamu dirumah kami yang jadi
tukang cebok orang tua kami”

bangsa ini dihina oleh tenaga kerja wanita
yang berduyun-duyun seperti kalkatu yang menuju api
berakhir dengan kebinasaan..

PUTRIKU…
Tahukah kamu keluhan muslimin??..
Kenapa Allah s.w.t tidak beri kuasa pada kita?
Bagaimana mungkin Allah akan beri kekuasaan pada ummat ini
Sedangkan untuk atur keluarga pun tak teratur

Maksiat besar ummat ini lahirnya dari rumah yang tiada ta’alim.. sehingga anak-anak tidak kenal lagi hukum dan perintah Allah s.w.t.. mereka langgar dengan suka hati

PUTRIKU…
Rahsia hidup ini akan kau perolehi bila kau tak pernah ingin tahu akan rahsia orang lain..
Janganlah kau bincangkan urusan orang lain
Dan janganlah Tanya apapun tentang dunia mereka
Jika tiada kaitan dengan agama dan iman mu
Semakin banyak kamu kenal makhluk..
Semakin kuranglah kamu mengenal Allah

Banyak wanita..
Bertahun-tahun belajar tentang masakan dengan baik
dan berdandan dengan betul..
tetapi tak pernah belajar bagaimana solat dengan betul

bahkan ada seorang doctor
belajar di jermen pengkhususan tentang cacing selama 9 tahun
tapi tak pernah belajar tentang Allah s.w.t..

PUTRIKU…
Aku ayah yang gila,.. tak waras,.. sekiranya aku biarkan kau
Berada diatas jalan-jalan mencari kekosongan kerja,..
Dari pejabat kie pejabat… hingga kau terjebak dengan rayuan hidung belang

Atau aku.. ayah yang tak berakal,..
Jika aku biarkan kau berada di shoping-shoping compleks
Menyusun hanger-hanger pakaian
Atau.. ku biarkan kau duduk di kerusi-kerusi reciepsions
Beri senyuman pada tetamu-tetamu yang datang..

Sedangkan malaikat maut mendatangimu 70 kali setiap hari
Andaipun kau dapat apa yang kau impikan..
Kau hanya bisa menikmatinya tidak lebih 50 tahun saja
Suatu waktu yang amat pendek dibandingkan dengan kehidupan akhirat..

Di syurga nanti ..
kau akan dapat sifat-sifat Allah.. iaitu kekal abadi..
keabadian,..
kaya yang tidak perlu risaukan harta,..
sedikitpun perbendaharaanmu akan kurang..
kenikmatan…
yang tak akan membosankan,.. kau akan berjiran dengan Rasulullah s.a.w..
adakah jiran tetangga yang lebih hebat dari beliau??

DUHAI PUTRIKU…
Dunia darul AMAL.. sedangkan akhirat lah darul JAZA’

Di dunia orang beramal,.. maka pertama sekali Allah akan
Perbaiki syurganya,.. bukan dunianya,
Barulah berkahnya akan dirasai di sirat dan mahsyar.
Kemudahan di dalam kuburnya dan akhir sekali
Kecukupan hidup di dunia ini kerana akhirat yang menantimu
Telah disempurnakan urusanya

Jangan mimpi untuk mendapatkan hasil amal di dunia ini
Jangan mimpi untuk hidup didunia tanpa masaalah
Masaalah hidup mu itulah anak tangga untuk bertemu Allah

Tertib untuk orang kafir,bila mereka melakukan amal baik
Maka kebaikan mereka akan dibalas di dunia ini berupa kemewahan dan kemudahan hidup yang sementara..
Sedangkan dosa mereka akan di balas di akhirat,.
Bahkan berlipat ganda azab kerana mereka tiada iman

Bagi orang beriman,..
Kesalahan mereka akan menyebabkan tertahannya rezki
Sedangkan kebaikan mereka akan disimpan sebagai
Khazanah yang kekal dalam syurga

Keburukan atau kebaikan kah yang lebih banyak jika
Wanita keluar dari rumah?

PUTRIKU…
Banyak suami-suami redho isterinya jadi Artis..atau pemimpin
Politik,.. putriku!!,,.ketahuilah,.
Bukan keredhoan ini yang dimaksudkan oleh Allah dan Rasul
Kerana ini bersonsangan dengan hukum Allah s.w.t
Tetapi!!.. keredhoan suami adalah apabila kau membantunya
Dalam mentaati Allah,..
Cuba kamu lihat.. berapa ramai suami- suami yang dapat kemuliaan asbab amal yang dibuat oleh isterinya..
sehingga sebahagian mereka menjadi wali-wali besar

PUTRIKU…
Itulah sebab nya,.. bukan ayahmu melarang kamu solah berjemaah di masjid,..
Kerana Ibnu Umar R.a juga tidak menyapa anaknya yang melarang wanita dari pergi kemasjid,..tetapi!!
Hati-hatilah wahai putriku,..
Terlihat saja kakimu ketika menaiki tangga masjid…
Dosanya tidak boleh di bayar dengan pahala solah jemaahmu
di masjid itu,..

kerana ibadah yang kau kerjakan masih dalam penapisan melalui 7 pintu langit, di mana puncaknya adalah ikhlas
tetapi,.. dosa yang kau lakukan terus dituliskan dan akan
di azab oleh Allah s.w.t

PUTRIKU…
Janganlah kamu berfikir jasa ayah dan ibumu ini harus
Dibalas dengan benda-benda dunia,.. tahukah kamu..?
Andainya kamu boleh kumpul seluruh harta yang ada di dunia ini.. tak akan bisa membalas jasa orang tua mu ini…
Kami juga tak minta balasan dari apa yang kami berikan padamu..

Kalaupun kau ingin membalasnya dengan kebendaan..
Saat kami berusia 60,.. banyak nikmat yang telah hilang..
Tak bias lagi lihat TV yang besar kerana mata dah kabur..
Kami tak bisa lagi duduk di sofa yang empuk kerana punggung sudah keras…
Tak bisa lagi makan daging kerana gigi banyak dah hilang
Makan manis.. DIABETIS…. Lebih Garam.. DARAH TINGGI
Sehingga membalas jasa kepada kedua orang tuamu ini
Hampir tidak bererti seperti memberikan bunga kepada kera

PUTRIKU…
Jangan kau takut kepada sesiapa pun walaupun kau lemah,..
Ingatlah Allah…dia bersama mu selagi kau dalam kebenaran
Meskipun seluruh alam bergoncang,.. yakinlah,.. goncangan
Mereka itupun atas perintah Allah… jika kau berada dalam perintah Allah maka tiada sesiapapun boleh mengalahkan mu
Para sahabat nabi s.a.w
telah dibantu seluruh makhluk bagi mencapai hajat mereka
hatta.. kaum musyrikin yang membunuh merekapun telah
membantu mereka supaya cepat menuju syurga
sehingga di akhir ucapan “FUZTU BI ROBBI KAA’BAH”
“demi tuhan Kaa’bah aku telah berjaya..”

PUTRIKU…
Diamlah kamu dirumah dan hidupkanlah amal..
Berbeza dengan kau hanya berdiam di rumah tetapi hanya menikmati hiburan television sehari-hari..
Sehingga ramai para isteri yang hafal pelakon drama,.
Filem Hindustan,. Telenovela..
Tetapi jika ditanya kepada mereka siapakah Ummu Syariff,??..
Ummu Habibah??.. mereka hanya geleng kepala..!!

Kisah-kisah telah dipalingkan kerana mereka tumpuan mereka
Hanya pada gossip- gossip mrahan dalam infortaiment..
Mereka lebih suka dengar aib-aib orang daripada mendengar
Kisah para sahabiah nabi s.a.w

Mereka diberi tubuh yang indah.. tetapi tak tahu untuk siapa?
Sehingga tubuh itu jadi model dan alat pemuas mata lelaki..
Sehingga kesannya banyak solat lelaki yang tak khusuk kerana hati mereka teringatkan rakaman mata yang terlihat tubuh itu..

PUTRIKU…
Orang yang jadi penyebab dosa lebih besar dosanya dari
Orang yang berdosa itu sendiri…

PUTRIKU…
Kau sebenarnya adalah ratu bidadari..
janganlah kau mencemburui dengan para ratu dunia ini…
tubuh mereka akan semakin lemah.. kulit mereka makin keriput
gigi mereka akan luruh, mata mereka nantinya akan berselaput
lubang hidung mereka makin membesar.. pipi kian kendur…
rahang mulai tertarik kebelakang..
walaupun bootex atau plastic surgery di lakukan tak akan menangguhkan saat ajal mereka
perpisahan denagn dunia akan menambah penderitaan saat ruh ditarik keluar…

yakinlah PUTRIKU…
tempat tinggalmu yang sebenar adalah istana berkubah hijau
di syurga A’ddn… itulah hartamu yang sebenar,..takkan hilang
takkan berkurang….

Jadilah kamu Khadimah dirumahmu..
jangan jadi seperti mereka,.. menjadi pramusaji di restoran orang-orang kafir.. beri senyuman kepada sesiapa saja hanya
untuk beberapa lembar wang..
setiap titis peluhmu berkhidmad untuk ahli runahmu.. akan menjauhkanmu dari parit-parit neraka….

Jari-jarimu yang indah dan mulus untuk membelai
suamimu yang baru pulang dari khuruj fisabilillah…

PUTRIKU…
Kekayaan sebenar adalah kekayaan hati.. itulah iman..
Andaikan kau berada ditengah padang pasir seorang diri,
Atau kau hanyut di tengah lautan…
Maka adakah gunanya harta dan emas yang kau ada??
Saat itu kau perlu pertolongan Allah s.w.t…
Dan hubungan Allah denganmu bergantung pada keyakinan yang ada di hatimu….

Ketika Musa berhadapan dengan laut sedang di belakangnya
Fir’aun yang mara untuk mengejarnya..
apakah wang yang selamatkan mereka??
Tidak!! Saat itu wang atau harta tidak berguna lagi…
Tetapi Musa A.S dengan imannya yang betul mengatakan
“ inna ma’iyya robbi sayah dini”
“sesungguhnya tuhanku bersamaku dan memberi jalan
petunjuk kepadaku”

PUTRIKU…
Pada akhir warkahku ini…
Aku berharap akulah ayah yang paling bahagia yang akan
Menghantarmu dalam kesucian ketika tiba saatnya..
Tak ada seorangpun yang memegang tanganmu sehingga aku menuntun tanganmu depan kamar suamimu…

Saat itu aku akan katakan :
“ DUHAI PUTRIKU…
Tugas ayahmu sudah telah selesai!!”
Kini.. ayah serahkan kau pada orang yang menjadi
Pintu syurga bagimu..”

PUTRIKU…
Sabarlah kamu dalam masaalah rumahtangga mu yang kau bina bersama suami yang dijodohkan padamu…
Redho lah dengan suami yang telah dituliskan untukmu
50 000 Tahun sebelum kau diciptakan

Seorang wali wanita yang cantik telah dijodohkan dengan
Seorang lelaki soleh yang hodoh rupanya…
Ketika orang lain mencibirnya ia mengatakan:
“ jika aku dijodohkan dengan suamiku kerana dosaku..
Biarlah.. aku akan menerimanya…
Tetapi jika aku ini dijadikan hadiah bagi kesolehannya
Betapa bahagianya aku..”

DUHAI PUTRIKU…
Walaupun kau darah dagingku, tetapi hakikatnya kau adalah hak suamimu yang telah di amanahkan padaku..
Jika aku tak menjaga kehormatanmu ertinya aku mengkhianati
Suamimu… itulah sebabnya aku menjagamu seperti intan berlian yang mahal…
Yang tak boleh kulihatkan kepada sebarangan orang,.
Kecuali yang akan membelinya dengan memenuhi semua persyaratan…..

Rasulullah s.a.w menjanjikan syurga kepada seorang ayah yang berhasil menjaga kesucian puterinya sehingga ia dinikahi.

PUTRIKU…
Ayah berharap apa yang ayah katakana ini bukan suatu mimpi
Bantulah ayahmu ini untuk mencapai redho Allah s.w.t

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s